Thursday 25 October 2012

Sayu..

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat illahi kerana masih dipanjangkan umur oleh Allah kerana kita dapat menyambut Hari Raya AidilAdha. Jadi, dikesempatan ini Sara ingin mengucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha kepada semua umat Islam di seluruh dunia terutamanya kepada keluarga tercinta di Semenanjung. Maafkan segala salah silap Sara tak kiralah terkasar bahasa, terkutuk ke or apa sahaja. Kosong kosong eh. ^_^

Takbir raya berkumandang lagi dan lagi.. Air mataku menitis juga menitis lagi mengiringi takbir ini yg sayup-sayup berkumandang dari Masjid. Sayu... Amatlah sayu dan sebak hati ini. Buat kali keduanya aku beraya haji jauh dari family. Ini semua adalah kerana final exam yang akan bermula pada minggu hadapan. Dan disebabkan oleh cuti pun yang dah tak lama lagi. Aku tahu aku tak patut cengeng and sedih sangat sebab raya haji je pun kann. Tapi masalahnya raya haji kali ni amatlah sedih bagi aku bila tak dapat balik. This is because aku tak dapat balik untuk tengok abah aku yg sakit. Recently, my dad was admitted to the hospital due to his heart problem and also high blood pressure. Anak mana yang tak terkejut kan bila ayah diorang masuk hospital?? Aku terkejut dan teramat sedih sebab aku jauh, tak dapat balik untuk tengok abah. Aku menangis setiap masa bila teringat akan keadaan abah dan aku ni yg terkandas di Sarawak ni. Aku jugak terus demam akibat daripada terlalu sedih, banyak menangis dan tertekan. Semua adik-beradik aku jugak bergegas pulang untuk menjaga abah. Tapi aku???? Aku tak dapat balik due to jarak yg jauh dan final exam yg memerlukan aku untuk pulun habisss T_T Aku redha dan sememangnya tersangat redha. Walaupun memang hati aku sentiasalah sedih mengenangkan nasib aku ni. Raya Haji kali ni jugak semua adik beradik aku ada pulang ke rumah kecuali aku yg bongsu ni. Hmmm. Sedihnya raya hari ni. Tetapi inilah juga pengorbanan aku untuk berjaya dan membanggakan ma abah aku. 

Pagi tadi ma call aku... Aku tahu sememangnya ma sedih sebab aku tiada dan ma amatlah serba salah.. Ma tak banyak cakap sangat, ma hanya risau sebab aku hanya beraya dengan biskut dan air milo sedangkan mereka sedang makan besar dan berkumpul dengan sanak saudara dekat rumah AyahChik di KL. Aku tahan je air mata ni daripada jatuh time cakap dengan ma. Ma suruh aku makan, ma cakap kalau abah tahu mesti abah makin sedih. Walaupun abah dah keluar hospital, tapi abah masih lemah dan tak sihat sepenuhnya lagi. Tapi apakan daya, inilah nasib if beraya di tempat orang kan. Bangun pun lambat, sekali makanan di kafe semua dh habis. Salah aku jugakkan sebab subuh tadi baru boleh tidur sebab terlalu rindukan ma abah. Sekali bangun pun..... Errrr. Ok aku tk pergi sembahyang raya -.-' Hewhewhew. Tapelah Sarah. Kuatkan hati, tabahkan hati, kuatkan iman.. Kau nak berjaya kan?? Nak buat parents kau bangga dgn kau kan? So, kau mesti kuat. Jangan lemah. Focus dgn Final ni. Nanti barulah balik rumah dgn senang hati. Ahhhhhh tak sabarnya nak balikkk 10 November ni. (>.<)

So, kawan kawan.. Tolong doakan abah aku cepat sembuh okay? Doakan aku dapat menjawab final exam dgn jayanya dan dgn hati yg tenang jugak boleh? Thank you. Jazakallah khair. May Allah reward you in goodness. :')

*Salam AidilAdha uolls <3