Wednesday 17 October 2012

Indonesia - Medic :(

Assalamualaikum

Tiba-tiba je aku rasa nak berblogging sekarang lepas stalked and baca blog sis Fatin Liyana tadi (gaya mcm rapat je kau jahh. Haha). Actually aku baca recent post dia yg dulu kala senang cter start dari first dia start ber-blog tahun 2009. Perghh. Lama glerr. Kalau nak dibandingkan aku ni kan. Duhh~ Haha. 

          Okaylah. Entry title aku hari ni adalah Indonesia. Apa kaitannya dgn aku?? Mesti korang pelik kan?(mcmlah ada orang baca post aku ni, follower pun tade. bwahaha) Ahh. Persetankanlah. Hmm. Actually bila aku terbaca ceritacerita sis Fatin time dia kat Indonesia tuh buat aku jelly much. Dahlah dia buat Medic kan. Actually aku teringat yang dulu selepas aku masuk maktab perguruan ni, aku ada dapat offer ke Indonesia tuh untuk Medic (berdasarkan apa yg ayah aku ckp) . Time tuh aku dah 2 bulan lebih kot masuk sini. Dahlah dekat Sarawak. Memang jauh yang teramatlah kan dari family aku yang dekat Semenanjung sana. Ada surat sampai offer untuk aku ke Indon buat Medic siap dengan biasiswa sekali. Tapi time tuh abah tak nak inform aku lagi sebab takut aku sedih lagipun aku dah pun masuk sini kann. Kontrak pun dah sign. FYI, if masuk maktab perguruan ni kena sign kontrak means perjanjianlah sebab maktab ni kan under kerajaan. Kerajaan akan full support kita. Tapi kalau kita langgar perjanjian ni.... Alamatnya melayang RM121,000 kauuu (tk silap akulah) . Hah! Ini adalah denda sebab korang langgar perjanjian ni. Makaihhhh. memang taklah kan. Sape je yg berani lanngar kontrak? Lainlah kalau kau tuh anak Datuk kan. RM121,000 tuh macam ape je kann. Sikit je. Tapi pada aku yang bukan anak Datuk ni, hanya anak datuk kepada Syafiq and Haziq (anak buah aku yg comelsss) je. Hahaha. Itulah sebab abah tak nak bagitahu aku sebab memang tak boleh buat apa, if aku tahu pun aku still tak boleh pergi. Seriously, sapelah tak sedih kan. Medic tuh. Cita-cita aku sejak dari baby lagi (exaggerate plak kau. Lulz) Apa boleh buat. Mungkin Allah ada perancangan yang lebih baik untuk aku kan. This is because since dulu lagi menjadi cikgu tidak pernah sedetik pun ada di fikiran aku ni and menjadi doktor lah yang sentiasa bertakhta. Malahan, sejujurnya aku benci kerja sebagai cikgu ni. Tapi maybe betullah kan Allah Maha Mengetahui segala yang baik untuk hamba-Nya

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui."
[2:216]

So, aku redha sahaja dengan kegagalan aku untuk ke sana dan meneruskan cita-cita aku tu. Aku redha sekarang. Aku sedang sedaya upaya mencuba untuk menanam minat aku untuk menjadi seorang guru yang berjaya. Semoga Allah permudahkan segalanya. Aminn ..