Monday 4 February 2013

Kenapa aku nak cari side income?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum. Hi. 

Mmmmm aku sebenarnya dah lama teringin nak cari side income sendiri hasil dari titik peluh dan usaha sendiri. Tapi sebelum ni semua tu adalah angan-angan(like bermimpi disiang hari uolls. lulz). Tapi tak sangka this year I mean during my first degree aku berani untuk mengorak langkah dan meneruskan impian aku tu untuk bermula mencari side income sendiri. Aku bermula dengan menjual baju-baju yang dihantar oleh mama kesayanganku untuk dijual. Hanya beberapa helai sahaja sebagai percubaan pertama dan alhamdulillah tak sangka ada yang membeli :) At first memang aku maluu sebab yelahh bila kita promote then orang tu tak nak beli sape yang tak sedih kan? And then mesti ada suara-suara dibelakang yang akan berkata-kata.. Dalam hati memanglah sedih tapi bila difikirkan semula perlu ke kita fikir semua tu? Kita yang nak cari duit yang kan? Duit halal lagi.. So, kenapa mesti kita fikir cakap-cakap orang. Nak buat bisnes kena tough! Itu yang "Bakhtiar" cakap. Hahaha.

 Actually the reason aku nak sangat cari side income ni sebab aku nak tolong parents aku. After abah kena strok, kewangan kami makin tidak stabil. Memang ada abang-abang and kakak-kakak tapi takkan kita asyik nak minta duit kat diorang kan? Kalau betul diorang tu pemurah, diorang sendiri akan bank in sendiri duit kat kita tanpa perlu kita minta. If diorang ingat tanggungjawab diorang lah...... LOL. As for mom and dad, aku serba salah sangat nak minta duit kat diorang selalu. Mmmm. So, sebab tu aku harap aku dapat cari side income sendiri time study ni atas usaha aku sendiri. Let those people talk, think, critize, or watsoever they want. I just don't want to care anymore. Semoga Allah SWT permudahkan segalanya. Niat aku mencari duit lebih untuk meringankan lagi beban parents aku dan juga aku harap eventually dapat membantu aku yang hidup kat tempat orang ni (Sarawak T_T) Segala perkara yang aku lalui sekarang merupakan ujian dan dugaan drpd Dia yang Maha Berkuasa. MasyaAllah.

Ohh yaa. Sekarang saya dah menjadi dropship agent untuk produk MIRACLE TAB yang merupakan raksi kecantikan selebriti dan EUPHORIA MEDICATED HERBAL BAR. Kedua-duanya saaaangat bagus dan AWESOME ! Serius! Kalau ada sesiap yang nak beli especially those in Sarawak bolehlah contact saya or click je FB saya kat tepi tuuu. Hehehe. Sempat plak promote kat sini kan. Macam ada readers je. Wakakaka xD Okaylah. Till then :)


No comments:

Post a Comment